Jumaat, 5 Julai 2013

CUKUR JAMBUL ANAK SAUDARA AKU

assalamualaikum semua sahabat-sahabat ...petang-petang takada cerita nak masukan. kita kongsilah cerita merapu aku ha ha ha ha.....
ini dia ibu bapa iffat rafie'e, ...adik aku yang pompuan tu la ..yang laki tu dah tentu adik ipaq ha ha ha  semoga kekal ke ahir hayat

 dunia baru iffat rafie'e...buka mata sikit.... buka mata sikit

senyum sahaja dia ...ketika berusia 1 hari iffat rafie'e lahir ke bumi ALLAH

ini lah anak saudara aku yang paling bongsu setakat ini nama iffat rafie'e
orangnya boleh tahan juga macam bapa saudaranya  hi hi hihi ...
ini lah kerja full time dia minum susu tido 4 time dia nangis kalau lapar ha ha ha

dalam proses nak cukur rambut, ingat ka ustaz kazim yang bagi taklimat rupanya mak bidan memberikan taklimat kepada iffat rafie'e, hampir terlena  mendengar ceramah mak bidan,  tengok tangan iffat rafie'e dah letak dekat rambut, apa yang difikir kannya pun taktau la kan, mungkin jadi castelo la aku nanti he he he he  .... 

acara cukur rambut, mak bidan buat la peyten sikit kat rambut iffat tau...  geli la mak bidan, mak bidan guna pencukur ke guna cangkul nie geli la ha ha ha  sempat lagi ketawa anak buah aku nie... mak bidan yang di import dari alor pongsu ,depa panggil mak su, maksu yang cukur rambut anak buah aku..

majlis macam biasa lakan sementara nak tunggu acara mencukur rambut rambut selesai.

haaaa dah selesai iffat rafie'e cukur rambut, ada macam castelo alaf 2013 siap pakai bedak lagi hu hu hu senyummmmm lagi tu weyyyyy...


macam biasalah kan majlis makan-makan meraikan tetamu yang datang ,, 

tetamu yang istimewa yang turut hadir pakcik dari mahang meraikan cucu saudaranya iffat rafie'e

disini kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara yang datang kemajlis tersebut ..

salam senyum selalu..........sekadar berkongsi cerita

CARA HIDUP BUDAK KAMPUNG

assalamualaikum semua sahabat-sahabat apa kabar sihat-sihat semua yeee..
bukan ada apa pun, cuma bila aku balik kampung lihat gelagat anak saudara aku yang sorang nie, aku teringat zaman kanak-kanak aku dulu.
tapi bukan aku nak kata la kan,  anak-anak zaman sekarang tambah pula yang dibesarkan dibandar, mereka tak dapat citarasa nikmat kehidupan macam dikampung, seperti kehidupan anak kampung main parit, pergi sungai, pergi sawah, gagau ikan, hidup bergelumah dengan tanah, kadang kala bila terfikir kembali zaman kanak-kanak memang best, sapa yang zaman kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana kampung dia tahula nikmatnya kan..

 namanya pak'ie budak yang sangat nakal pandai bawa diri, macam aku juga masa kecil dulu ha ha ha ..
bila aku tengok dia aku ingat zaman kanak-kanak aku dulu, lebih kurang macam nie lah , nama pun budak kampung kan...

jangan main-main kita belum tahu nasib seseorang mana tahu satu hari nanti budak ini akan menjadi orang no satu terpengting dalam negara kan, itu  kuasa ALLAH kan ha ha ha 

tengoklah basikal dia, bukan takada basikal yang elok, tapi nama pun budak nakal yang paling dia minat inilah basikal idaman dia basikal utama lah katakan ha ha ha ha .... tengok lah tinggal kong saja taya pi mana pun taktau la hi hi hi hi.....

citarasa anak kampung tidak ada pada anak-anak dibandar kan... kehidupan anak kampung begelumang dengan keadaan persekitaran kampung , main parit, main tanah, macam-macam la anak kampung kan...

ha ha ha ha merempit dalam keadaan selamat, nakal sungguh anak saudara aku nie paklawak juga budak nie ..
salam senyum selalu  sekadar berkongsi cerita ....

BERMULANYA SENI SILAT LINTAU WARISAN siri2

assalamualaikum semua anak-anak lintau warisan, seta semua silat-silat melayu di bumi ALLAH.

sambung kisah cikgu daud tengtang penglibatan beliau dalam pertandingan silat seni, olahraga .
beliau banyak mewakili perak ke peringkat kebangsaan.


beliau banyak mewakili negeri perak dalam sukan silat di sekitar malaysia. kita letakkan cecara ringkas sahaja .
kalau nak diikutkan pertandingan beliau banyak.


tahun 1987 wakil perak ke melaka acara tempur senjata
tahun 1988 olahraga peringkat negeri perak, mendapat tempat ke 3
tahun 1989 olahraga peringkat negeri perak, mendapat tempat ke 2
tahun 1990 olahraga wakil perak ke johor, menang, disebabkan umur lebih takdapat teruskan
tahun 1991 olahraga wakil perak ke kedah
tahun 1992 silat seni peringkat negeri perak 


sekadar berkongsi cerita bersama anak-anak lintau....
salam anak-anak lintau ....sambung siri 3 bermulanya cukgu daud mengajar sekolah-sekolah sekitar daerah kerian.