Selasa, 2 Julai 2013

MOTOR HANDA LAMA DARI TAHUN 1959-1965

KOLEKSI MOTOR HONDA DARI TAHUN 1959-1965
INI SALAH SATU MINAT AKU, MASAALAH DUIT SAHA HI HI HI 
BUAT TATAPAN BERSAMA ,,NAKDAPATKAN MOTORNYA  HE HE HE FAHAM SAJA KAN
SIMPAN GAMBAR SAJA ....

KELUARAN 1959 C 71

KELUARAN 1960 C 110


KELUARAN 1960 CB 72

KELUARAN 1960 M 85 SCOOTER

KELUARAN 1961 CB 92

KELUARAN 1962 CR 93

KELUARAN 1963 CL 72

KELUARAN 1963 CB 77

KELUARAN 1964 CZ 100

KELUARAN 1964 CB 72

KELUARAN 1965 CB 450

SEKADAR BERKONGSI MELIHAT GAMBAR MOTORNYA EMMMM.....

MOTOR LAMA HONDA DARI TAHUN 1948-1958

KOLEKSI MOTOR HONDA 
DARI TAHUN 1948-I958
BUAT TATAPAN BERSAMA INI SALAH SATU MINAT AKU JUGA, KALAU  NAKDAPATKAN MOTORNYA FAHAM-FAHAM SAJA LA, HU HU HU
SIMPAN GAMBARNYA PUN JADILAH..HE HE HE .
KITA KONGSI LIHAT YEEEEE....


 KELUARAN 1948 TYPE  A

KELUARAN 1949 TYPE C

KELUARAN 1949 TYPE D

KELUARAN 1951 TYPE E

KELUARAN 1954 SB 350

KELUARAN 1954 THE JUNO K SCOOTER


KELUARAN 1955 MP 350

KELUARAN 1956 C 70

KELUARAN 1958 SUPER CUP C100

KELUARAN 1958 CS 71

KELUARAN 1959 SUPER CUP 

SEKADAR BERKONGSI SAHAJA
MAAF GAMBAR KURANG MEMUASKAN, NAMA PUN MOTO LAMA KAN..
     


Isnin, 1 Julai 2013

KISAH SENI SILAT LINTAU WARISAN

 assalamualaikum semua sahabat-sahabat kisah seni silat lintau warisan

           sejarah persilatan telah mengukirkan peibagai nama pendekar-pendekar terulung di tanah melayu pada abat yang lalu. hang tuah lima bersaudara usah di kira, dato'bahaman, mat kilau pendekar terbilang dan pendekar-pendekar yang lain tetap jadi sanjungan. pendekar lama pendekar berbibawa yang berani mempertahankan adat melayu untuk dijulang memprotes segala usaha puak seteru melayu.
           panglima hitam juga adalah gelaran bagi pendekar yang sering digempar-gempurkanb kehebatanya. begitulah juga dengan kisah panglima hitam yang dikaitkan dengan seni silat lintau warisanyang berasal dari kalimantan, indonesia. mengikut cerita orang-orang lama, panglima hitam mendapat nama kerana lidahnya berwarna hitam. menurut cikgu daud (guru seni silat lintau warisan), silat ini dibawa kemelaka dan telah melalui banyak peringkatiaitu pada zaman pendekarselepas daripada ituianya diturunkan kepada beberapa generasi termasuklah salah seorangdaripadanya ialah kiyai. kemudian kiyai inilah yang telah menurunkan ilmu inikepada pakcik kasim dua beradik. pakcik kasim kemudiannya membuka gelanggang di bagan srai manakala adiknya membuka gelanggang di johor
              sejarahpewaris silat ini tidak diketahwi selengkapnya kerana tiada catatan sejarah yang dicatatkan oleh orang lama persilatan ini. tetapi sejarah sempat dirakamkan bermula daripada aruah pakcik kasim sahaja. aruah pakcik kasim ini berasal dari kuala kangsar dan mempelajari ilmu persilatan ini daripada gurunya yang dipanggil kiyai di kuala kangsar.  beliau sebenarnya bukanlah berminat dengan seni persilatan tetapi  meminatinya setelah bergiat di dalam persilatan ini. banyak perguruan yang beliau pelajari, cuma tumpuanya lebih kepada seni silat lintau dan memperkemaskan buah buah yang tidak mantap. beliau merupakan seorang renjer hutan pengkalan. penglibatan beliau dalam seni persilatan mendatangkan benih silat yang suburuntuk keempat empat anaknyadi mana kesemuanya boleh bersilat,
               terdapat sedikit perbezaan di antara cara latihan yang dijalakan oleh kedua-dua beradik ini. mengikut pengalaman yang diceritakan oleh cikgu daud dan cikgu zulkarnain, latihan yang dikendalikan oleh oakcik kasim lebih kepada pendekatan sederhana. iaitu bermula daripada peringkat lembut sehingga pesilat betul-betul mahir barulah buah-buah diaklikasikan secara standard. pada kebiasaanya, pakcik kasim kan mengambil kurang anak murid pada setiap kali pengambilan iaitu di dalam lingkungan dua hingga sepuluh orang  kerana beliau ingin memberi penumpuan dalam pengajaranya. dalam masa yang sama beliau akan menyelitkan ilmu keislaman. makna bila hujan, anak-anak muridnya akan naik kerumah untuk belajar mengaji, azan, kompang dan sebagainya perinsipnya adalah untuk mendidik kerana konseo=p silat akan menjadikan pesilat seorang insan yang berdisiplin iaitu tidak mudah untuk menunjukan belang kepada orang lain kecuali terdesak.
              daud bin zakariah adalah salah seorang anak murid pakcik kasim yang banyak mendapat tunjuk ajar serta selok belok seni silat lintau . dan beliau  menyambungkan seni silat lintau yang diturunkan oleh gurunya iaitu arwah pakcik kasim. beliau mempekenalkan dengan nama  LINTAU WARISAN beliau masih lagi meneruskan aktiviti silat lintau warisan digelanggang beliau di bagan serai perak. serta disekolah-sekolah sekitar daerah kerian. anak murid beliau banyak mewakili peringkat super,sukma , dan kebangsaan dalam ketegori sini,dan olahraga.

                                                 
                     ini lah semangat anak-anak lintau warisan

              konsep pengambilan pesilat baru, terdapat berbezaan antara dahulu dan sekarang.  pada peringkat arwah pakcik kasim dahulu, pesilat dahulu diwajibkan membawa sebiji kelapa yang muda, pisau belati, sintok, limau dan sedikit garam. barang-barang ini adalah bertujuan untuk mandi bagi membersihkan diri persilat. setelah persilat dibersihkan  barulah dibolehkan pesilat baru dibawa ke gelanggang.
              sekarang ini cikgu daud mengamalkan untuk mengambil benda-benda yang pengting sahaja seperti sintok, pisau lipat, limau dan garam.
              segala perubahan diperjelaskan kepada semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang kemusykilan terutama sekali kerenah dari persilat dan juga menimbulkan pekara tahyul. dalam konteks sekarang ini silat hendak dibawa ke sekolah-sekolah. pihak persilatan perlu mengambil kira unsur fahaman masyarakat yang mana masyarakat lebih cenderung kepada islam. untuk mengelakan permasaalahan., cikgu daud telah mengambil langkah tidak mengambil barang-barang yang boleh menimbulkan persoaalan sewaktu pengambilan pesilat baru. barang-barang itu bukanlah wajib tetapi ia telah diturunkan sebergitu. misalnya garam bersifat masin digunakan bertujuan untau mengibaratkan bertapa manisnya ilmu yang ingin dipelajari.

                                                  
            selepas terim sijil program sambutan hari belia negara
                                 peringkat negeri perak

              mana kala majlis penamat silat ini hanya dilakukan secara ringkas sahaja.  biasanya pada majlis ini limau diperlukan untuk dibuat mandi. disamping itu juga pesilat juga diminta membawa kain pelikat dan duit sebanyak sepuluh ringgit suku. kain pelikat ini jika kuantitinya yang diterima terlalu banyak maka ia akan disedekahkan kepada orang-orang tua. inilah antara warisan pesilatan yang dikekalkan.
             setiap peringkat permakaian bengkung mempunyai tanggung jawab yang tersendiri. bengkung putih dikaitkan dengan warna yang bersih iaitu masih baru lagi penglibatan di dalam ilmu persilatan ini. hijau adalah lambang lebih sinonim  mempekenalkan agama islam. diperingkat ini pesilat semestinya sudah faham jurus silat. pemakaian bengkung seterusnya ialah kuning iaitu melambangkan ketaatan kepada pemerintah  dimana pesilat bengkung ini sudah bertambah kemahiran bersilat. tahap untuk mengunakan segala ilmu yang diprlajari  
adalah tahap pemakaian bengkung hitam. manakala warna bengkung yang terahir sekali ialah merah iaitu peringkat sanggup berdiri di hadapan untuk agama, bangsa, serta tanah air.
                                                                 sekian......
sesamalah kita hadiah kan AL'FATIHAH buat guru-guru lama serta guru-guru baru yang masih hidup atau yang telah meningalkan kita..AL'FATIHAH...AMIN

                                                   
 kenangan semperna menyambut hari keluar
                         pertubuhan seni silat lintau warisan
                                                           
 untuk tatapan bersama       MAJU LINTAU WARISAN KERIAN
  salam... senyum selalu